PENDIDIKAN ISLAM DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

  • Abdul Hakim bin Abdullah Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Pelbagai penemuan dan ciptaan baharu telah dihasilkan oleh manusia yang telah memberi kesan yang besar terhadap kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia. Di antara perkembangan yang ketara ialah berlakunya perluasan penggunaan teknologi automasi, robotik dan Internet of Things (IoT) yang mengembangkan industri-industri dalam bentuk baharu seperti industri atas talian, industri data raya (big data), industri robot, industri keselamatan rangkaian dan industri realiti maya (virtual reality). Ketibaan siri revolusi industri terbaharu mula dirasai oleh masyarakat dunia dan sememangnya siri yang kelima pasti akan muncul tidak lama lagi dengan fenomena-fenomena baharu yang akan memberi kesan yang besar terhadap kehidupan manusia dari segenap aspek. Sejak dahulu lagi, beberapa orang pemikir Barat sendiri cuba mengingatkan masyarakat terhadap implikasi kedatangan era revolusi versi baharu. Pendidikan Islam yang dimaksudkan di sini ialah proses pendidikan yang mengutamakan konsep tarbiyyah, ta’lim dan ta’dib. Dalam apa jua mata pelajaran yang dipelajari, ketiga-tiga konsep tadi haruslah ditekankan oleh para pendidik. Satu lagi konsep yang menjadi penekanan pendidikan Islam ialah pendidikan bersepadu (integrated education) yang telah lama dibincangkan secara terperinci oleh para sarjana.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
Apr 4, 2020
How to Cite
ABDULLAH, Abdul Hakim bin. PENDIDIKAN ISLAM DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0. Tamaddun : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan, [S.l.], v. 21, n. 1, p. 127-134, apr. 2020. ISSN 2722-2632. Available at: <https://journal.umg.ac.id/index.php/tamaddun/article/view/1384>. Date accessed: 26 apr. 2024. doi: http://dx.doi.org/10.30587/tamaddun.v21i1.1384.