PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA

Authors

  • Normadiah binti Daud Universiti Sultan Zainal Abidin

DOI:

https://doi.org/10.30587/tamaddun.v22i1.2917

Keywords:

Ibu Susuan, Anak Angkat, Sunnah

Abstract

Seramai 6,259 orang anak angkat telah didaftarkan di seluruh Malaysia sejak tahun
2010. Ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian telah membuktikan pasangan Melayu
yang beragama Islam adalah golongan yang paling ramai mengambil anak angkat.
Persoalannya bagaimanakah keluarga angkat yang beragama Islam ini mampu menjaga batasbatas pergaulan mereka dengan anak tersebut terutamanya apabila anak tersebut meningkat
balig? Perkara ini telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Justru itu,
kajian ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut
berdasarkan kepada pengamalan ibu susuan yang pernah dilakukan pada zaman Rasul SAW.
Di samping itu kajian ini juga memuatkan syarat-syarat pengambilan anak angkat di Malaysia
dan syarat-syarat untuk menjadi ibu susuan menurut Islam. Dengan cara ini pasangan yang
tidak mempunyai anak akan mendapat anak angkat dan pada masa yang sama tuntutan syariat
juga dapat dipelihara. Metode kajian ini ialah keperpustakaan dan keseluruhan fakta adalah
berteraskan kepada kitab fiqh, sirah, tafsir dan hadis. Hasilnya, ternyata pengamalan ibu susuan
dalam pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak dan berteraskan kepada apa yang pernah
dilakukan oleh Rasul SAW mampu menyelamatkan masyarakat daripada melakukan dosa di
rumah sendiri dan menjaga keutuhan masyarakat muslim dengan batas-batas pergaulan yang
telah digariskan dalam Islam.

Downloads

Published

2020-12-21

How to Cite

Daud, N. binti. (2020). PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA. Tamaddun, 22(1), 53–67. https://doi.org/10.30587/tamaddun.v22i1.2917

Most read articles by the same author(s)

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.