BATASAN PERGAULAN DI ALAM MAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

  • Zurita binti Mohd Yusoff Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • Fatin Nabilah binti Fauzi Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • Siti Fatimah binti Salleh Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • Normadiah binti Daud Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • Tg. Fatimah Muliana binti Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
  • Tg. Muda Nadhirah binti Nordin Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia

Abstract

Teknologi maklumat merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan manusia di zaman kini. Perkembangan pesat dunia alam maya telah membawa
perubahan yang positif kepada kehidupan manusia. Dengan penggunaan Internet, urusan
kehidupan menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos. Namun apabila jaringan
perhubungan manusia menjadi semakin luas, banyak juga kesan negatif yang berlaku hasil
daripada perkembangan teknologi maklumat. Pergaulan di antara lelaki dan wanita di alam
maya berlaku seluasnya dan turut membawa implikasi yang negatif sekiranya tidak dikawal.
Hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita secara umumnya telah dijelaskan di dalam al-
Quran dan hadis. Namun, persoalan timbul apakah hukum pergaulan di antara kedua-duanya di
alam maya yang berlaku tanpa pertemuan secara fizikal? Kertas kerja ini bertujuan untuk
mengkaji apakah hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita di alam maya dan seterusnya
menggariskan batasan pergaulan di antara keduanya berdasarkan perspektif Syarak. Kaedah
yang digunakan untuk mengumpul data-data ialah kaedah analisis dokumen iaitu dengan cara
merujuk kepada kitab-kitab dalam mazhab Shafie tentang hukum pergaulan di antara lelaki dan
wanita. Buku-buku berkaitan interaksi dan pergaulan melalui Internet juga diteliti untuk
mendapatkan data-data yang sahih. Dalam proses menganalisis data, penulis menggunakan
kaedah analisis kandungan. Hasil penulisan ini mendapati Syarak membenarkan lelaki dan
wanita bergaul di alam maya sekiranya terdapat keperluan. Namun, terdapat batasan-batasan
tertentu dalam pergaulan mereka agar tidak berlaku fitnah, maksiat dan gejala-gejala negatif
yang akhirnya boleh membawa kemudaratan di dunia dan akhirat.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
Jan 25, 2022
How to Cite
YUSOFF, Zurita binti Mohd et al. BATASAN PERGAULAN DI ALAM MAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Tamaddun : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan, [S.l.], v. 22, n. 2, p. 164-176, jan. 2022. ISSN 2722-2632. Available at: <https://journal.umg.ac.id/index.php/tamaddun/article/view/3644>. Date accessed: 23 nov. 2024. doi: http://dx.doi.org/10.30587/tamaddun.v22i2.3644.