KAEDAH PINTAR MURAJAAH AL-QUR`AN: KAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TAHFIZ MALAYSIA

  • Nor Hafizi Yusof Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstract

Abstrak: Sistem pengajian Tahfiz al-Quran mula mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri. Berdasarkan perkembangan ini, pihak kerajaan, swasta mahupun persendirian telah mengorak langkah dengan memperkenalkan sistem tahfiz integrasi di samping pengajian tahfiz agama atau pondok yang telah sedia ada. Sistem pengajian yang dijalankan secara serentak ini memerlukan persediaan mental dan ketahanan fizikal daripada para pelajar. Ia juga memerlukan panduan yang berkesan dan perancangan yang sistematik bagi memastikan cita-cita melahirkan para cendekiawan huffaz yang thabit hafazannya tercapai bukan sekadar gelaran al-hafiz semata-mata tetapi hakikatnya mereka tidak mengingati ayat-ayat yang telah dihafaz sebagaimana yang berlaku di kebanyakan institusi tahfiz integrasi sekarang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti gaya hidup pelajar tahfiz al-Quran integrasi yang menjadi faktor kepada berjaya atau gagalnya mereka dalam menghafaz dan mengekalkan hafazan mereka. Ia juga bertujuan bagi merangka satu modul dan panduan kepada pelajar tahfiz integrasi supaya dapat lahir sebagai para huffaz yang mampu menjaga hafazan mereka dengan baik berdasarkan kesedaran dan sistem murajaah yang berkesan. Data akan dikumpulkan melalui borang soal selidik pelajar dan temuramah dengan pakar dalam bidang ini dan seterusnya kan di analisis dan dirumuskan sebagai modul tersendiri sebagai pandual pelajar. Jangkaan awal dapatan kajian mendapati kelemahan pelajar dalam memastikan mereka menghafaz dan menjaga hafazan dengan baik ialah kekangan masa dan jadual yang padat,kurangnya motivasi dan tiada sistem murajaah yang berkesan. Modul ini menerapkan satu model murajaah berkesan yang berkonsepkan empat kunci utama yaitu kesedaran, kesungguhan, istiqomah, kesabaran) Justeru modul yang dirangka akan menjadi panduan kepada pelajar bagi memastikan mereka lahir sebagai al-hafiz yang penuh bermotivasi dan konsisten dalam menjaga hafazan al-Quran.
Kata Kunci: Murajaah; Tahfiz; Intrgrasi; Modul; Ulul albab

Downloads

Download data is not yet available.
Published
Jul 29, 2020
How to Cite
YUSOF, Nor Hafizi. KAEDAH PINTAR MURAJAAH AL-QUR`AN: KAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TAHFIZ MALAYSIA. Tamaddun : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan, [S.l.], v. 21, n. 2, p. 219-230, july 2020. ISSN 2722-2632. Available at: <https://journal.umg.ac.id/index.php/tamaddun/article/view/2118>. Date accessed: 26 apr. 2024. doi: http://dx.doi.org/10.30587/tamaddun.v21i2.2118.